Apa itu Anxiety yang semakin ramai mengidapinya sekarang ? Sejak saya mengidap Anxiety dahulu baru lah saya benar-benar faham apa itu Anxiety. Dulu saya sama seperti orang lain yang tidak mengidap anxiety hanya masalah pada mainan fikiran. Tapi ternyata Anxiety lebih dari itu dan perlu membuat banyak perubahan pada corak hidup dan pemakanan untuk sembuh. Pendek kata untuk sembuh anxiety tidak semudah makan sebiji ubat penenang. Alhamdulillah saya sembuh Anxiety tanpa bergantung sebarang ubat penenang.
Terlebih dahulu, jika anda seorang yang mengidap anxiety, pastikan tahap anxiety anda dalam keadaan stabil untuk membaca. Kerana saya akan kongsikan berdasarkan pengalaman sebenar saya mengidap anxiety dahulu. Ia mungkin menganggu anda yang sedang dalam keadaan anxiety. Saya melalui Anxiety dan sangat faham perasaannya. Info ini mungkin juga melegakan keriasuan dan anxiety anda.
Apa Itu Anxiety ?
Anxiety bermaksud kebimbangan. Anxiety adalah normal pada semua orang sebagai tindak balas terhadap sesuatu situasi. jadi semua orang mengalami anxiety pada tahap yang sepatutnya . Namun Anxiety Disorder berbeza dari anxiety biasa .Anxiety Disorder dalam bahasa melayu bermaksud gangguan kebimbangan . Bermakna kita mengalami gangguan pada kebimbangan yang melampau dari orang biasa dan tidak kena pada tempatnya. Anxiety akan membuatkan kita akan berasa bimbang terhadap apa sahaja situasi dan kadangkala merasa bimbang tanpa ada situasi pun.
Kebimbangan & Anxiety
Perasaan kebimbangan dan ketakutan itu bermain di minda tanpa kita mampu mengawal atau mengelakkannya. Dahulu saya sangat terkesan terdengar perkataan ini ” jangan ikutkan fikiran sangat. Cuba kawal sikit ” . Orang yang mengidap anxiety sangat tidak suka malah kecewa dengan perkataan sedemikian kerana Anxiety adalah sesuatu yang diluar kawalan. Seorang yang Anxeity tidak akan dapat mengawal apa yang mereka terfikir. Ia seperti lalu lalang didalam fikiran tanpa di suruh dan tidak boleh dilarang. Apa yang boleh di buat adalah dengan hanya membiarkan fikiran itu dan mengelakkan sebarang situasi yang trigger perasaan kebimbangan.
Pemikiran Anxiety
Sebagai seorang yang pernah mengidap anxiety, saya sangat faham keadaan di mana kita akan risau tanpa sebab atau kerana isu kecil kita berasa sangat takut dan akan fikir sangat jauh pada isu kecil. Walaupun hanya ruam kecil di tubuh boleh buatkan kita fikir jauh tentang ruam itu dan sangat kretif menjadikanya sebagai 1 penyakit bahaya ( over thinking ). ia sebenarnya bukan lah masalah pada pemikiran tetapi kerana kita gagal untuk mempunyai hormon kepada kegembiraan. Yang ada cuma ketakutan , kerisauan dan tidak happy. Jadi sebab itu orang anxiety cenderung pada yang risau dan takut sahaja. Ia seperti dunia yang sudah tidak ada dan tidak wujud rasa gembira dan ketenang.
7 Tanda Anxiety
- Tidak mahu bersocial
Seorang anxiety takut untuk pergi ketempat awam atau tempat yang ramai orang. Bukan kerana anti sosial tetapi kerana keadaan kebimbangan pada emosi dan mereka takut jika tak dapat nak sesuaikan di khalayak ramai nanti. Ketika saya tak sedap badan atau sedang anxiety saya juga memilih duduk di rumah berbanding keluar. - Ketakutan
pada banyak sebab sama ada suasana, situasi termasuk ekadaan tubuh sendiri. Adakala sebenarnya seorang yang anxiety berasa takut dengan perasaanya sendiri kerana tiada siapa yang suka jika mendapat perasaan yang pelik tetapi tidak dapat menghalangnya atau mengawalnya. - Over Thinking
Banyak berfikir namun tiada penyelesaian. Bila mengidap Anxiety saya memang jauhkan semua jenis benda yang boleh sebabkan saya banyak berfikir kerana boleh jadi terlalu kreatif sehingga benda kecik menjadi terlalu besar untuk diulang fikir - Panic Attact
Senang untuk panic atau tiba-tiba panic. Ini terjadi selalunya jika tersalah makan sama ada minggu yang sama atau hari yang sama. Boleh terjadi juga panic secara tiba-tiba pada sesuatu situasi kerna pengidap anxiety mengalami masalah penyerapan nutrisi serta keupayaan untuk tubuh bertenang dan berhadapan dengan stress termasuk stress graviti. Saya sendiri boleh panic dahlu hanya kerana kesesakkan lalu lintas. - Post-traumatic stress disorder (PTSD)
” Fight or flight ” ialah di mana keadaan tubuh cuba menyelamatkan diri dari sesuatu bahaya. Sama ada melawan atau lari. Untuk orang yang normal adalah normal mengelabah, lari atau menyerang jika berada pada situasi seperti dikejar anjing. tapi orang yang anxiety boleh mengalami situasi ini walaupun tiada kejadian yang bahaya. Kadang-kadang diiringi dengan rasa tercekik dan sesak. - Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)
OCD adalah gangguan yang biasa atau kronik dengan mempunyai masalah pemikiran atau tingkah laku yang terlalu obses / paksaan yang tak terkawal sehingga adakala merasakan untuk mengulangnya berkali-kali. Ia sama ada dari segi pemikiran atau perbuatan terhadap sesuatu. - Pemikiran yang negetif, Mudah sentap atau berfikiran negetif adalah tanda anxiety disorder kerana seseorang yang mengalami anxiety mempunyai nutrisi dan hormin atau kimia otak yang tidak stabil.
Pada orang yang normal pastinya mereka fikir ia mainan fikiran kerana mereka mempunyai hormon yang gembira yang cukup iaitu Serotonin. Mereka tidak pernah merasakan bagaimana jika hormon gembira yang tubuh kita hasilkan itu tidak cukup dan tidak ada dan tidak merasakan bagaimana bila tubuh amat cenderung pada sympathetic nervous system ( keadaan di mana tubuh sentiasa cuba bertindak untuk situasi bahaya )
Punca Anxiety
Anxiety Disorder adalah masalah gangguan kebimbangan yang telah menjadi penyakit kedua tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung.Puncanya tidak dapat dikenal pasti dengan tepat memandangkan Punca Anxiety ni ada banyak dan bukan hanya dari gangguan kebimbangan pada mental sahaja. Kebanyajjan kita hanya fokus pada fikiran dan berusaha untuk mengawal fikiran dengan berjuang pada diri sendiri. Tidak di nafikan ia membantu sedkit sebanyak mengalihkan perhatian fikiran kita dari terlalu fokus pada kebimbangan. Tapi ljika kita mengalami anxiety yang sangat teruk , mengawal fikiran adalah sesuatu yang mustahil. Ini adalah pengalaman saya sendiri sewaktu mengidap anxiety kronik dahulu. Untuk menguruskan diri sendiri dan membuat kerja harian seperti biasa [pun tidak mampu. Apatah lagi untuk cuba mengawal fikiran yang tidak mampu memmikirkan tentang diri sendiri.
Walaupun agak sukar untuk merawat & mengawal anxiety dengan segera tanpa ubat penenang, namun jika kita faham dan tahu Punca Anxiety kita terjadi ia memudahkan kita untuk terus mambantu diri kepada solusi sebenarnya yang akan membarikan progress sembuh masa ke semasa. IOa juga membantu saya dahulu untuk lebih yakin dan berdamai dengan fikiran sendiri kerana tahu apa Puncanya yang sebenar. Orang anxiety yang tidak tahu apakah yang menyebabkan gangguan kebimbangan dan semua simtom anxiety yang pelik pada tubuh akan membuatkan mereka bertambah anxiety . Anxiety membuatkan seseorang merasa kebimbangan yang teramat sangat. Jika sesuatu keadaan pada tubuh yang tidak diketahui puncanya akan membautkan mereka bertambah bimbang. Ia memburukkan lagi Anxiety pesakit sebenarnya.
Antara masalah perut yang boleh menyebabkan Anxiety
- Gastrik & Stress
Saya mengalami gastrik ringan sejak lama dahulu kerana tabiat pemakanan dan stress. Stress boleh menyebabkan saya berasa gastrik di tambah dengan tabiat pemakanan yang tidak terurus dulu. Gastrik menyebabkan perut kita mengalami inflamasi dan boleh luka. Apabila perut mengalami inflamsi ia tidak boleh memghasilkan acid dan enzyme dengan baik. Lalu memyebabkan makanan tidak dapat di hadam dengan baik dam menyebabkan inflamsi di dalam usus dan boleh menyebabkan leakygut - Gut Flora Inbalance
keadaan dimana bakteria yang tidak stabil dari corak pemakanan di mana ada makanan boleh membunuh bakteria baik yang kita perlukan untuk membantu penghadaman dan menghasilkan neurotransmeter. Bakteria baik ini bekerja memghadamkan makanan dan melindungi perut serta usus bagi mengelakkan inflamsi, leakygut dan kecederaan. Kekurang bakteria baik akan meneyabakan kita kekurangan zat dan hormon yang di perlukan - Gerd
Gerd yang di alami on and off dari mild sehingga menyebabkan Anxiety. Maslah Gerd juga adalah dari keadaan perut saya yang kekurangan acid untuk menghadam. Gerd banyak berkaitan dengan anxiety malah antara punca sesak nafas pada yang mengalamai anxiety - Adrenal Fatique
Masalah adrenal yang burn out. Seblum saya anxiety saya melalui stress berpanjangan dari kehamilan , bersalin czer, crash diet dan kemudian pelbagai masalah lain dari fizikal dan tekanan kerja. Ia membuatkan tubuh saya mengalamai tekanan dalaman dan mempunyai hormon stress yang tinggi. lalu menyebabkan masalah perut dan Anxiety tanpa saya sedar sehingga ia teruk - Leaky Gut
Leaky gut atau dalam bahasa sainsnya “increased intestinal permeability” . Ia tidak diiktiraf oleh medical profisonal sebagai satu keadaan penyakit tetapi ada kajian dan sudah ramai dokter berkongsi tentang ini. leaky gut menyebabkan makanan yang tidak hadam, bakteria dan toksid boleh masuk ke dalam darah dan menyebabkan tindak balas imuniti ( autoimun ) menyerang. Jadi tidak hairan seorang yang mengalami anxiety juga mengalami masalah lain ditubuh seperti sakit-sakit, lenguh, ruam, rasa bengkak dan ngilu yang tidak dapat dijelaskan dengan perubatan. Ia juga boleh menyebabkan inflamsi pada saraf dan menganggu mental - Histamin Intolerance
Masalah histamin berlebihan dalam tubuh sama ada histamin itu tidak dapat dihadamkan oleh enzyme DAO atau masalah SIBO yang menyebabkan histamin berlebihan. Perut yang mengalamai inflamasi mempunyai kegagalan untuk menghasilkan enzyme histamin dengan baik. Histamin yang terkumpul menyebabkan alahan dan Anxiety - Autoimune
Autoimmune adalah masalah imuniti anda yang menyerang tubuh badan anda sendiri. Ada beratus jenis autoimun. Yang saya alami dari masalah alahan makanan, lalu menyebakan leaky gut kemudian meyerang kulit, mental dan juga otot. Namun ia semakin baik apabila saya mengubah banyak pada pemakanan saya
Ada banyak masalah pada sistem perut yang lain yang mungkin anda tidak sama seperti saya. untuk lebih tepat anda boleh buat pemeriksaan kesihatan , buat kajian dan bacaan sendiri dan cuba kenali anda mana satu sebab Anxiety Anda.
Simtom Berkaitan Anxiety
Orang yang mempunyai anxiety akan merasakan banyak kelainan pada tubuh selain mental. di mana tubuh badan mudah sakit, lemah, melayang-layang, brain fog , ruam , alahan dan sangat banyak kesakitan pada tubuh juga keseimbangan.Tanda ini selalu disalah erti sebagai Anxiety terutama apabila puncanya tidak dapat di sah kan dalam perubatan . Ramai mengaggap segala sakit di tubuh adalah mainan fikiran. Ia tidak benar sama sekali.
Semua sakit di tubuh seorang yang mengidap anxiety adalah benar, Ia bukan mainan fikiran dan kesakitan ini mempunyai sebab dari sudut perubatan , nutrisi dan sains . Saya tidak mengambil semua tanda kesakitan pada tubuh saya sebagai satu mainan fikiran dahulu kerana ia adalah kesakitan sebenar. Oleh sebab itu saya mencari jawapan untuk kesemua yang saya alami dari sudut sains dan nutrisi. Dan semakin kesihatan saya baik semua tanda itu hilang bersma-samanya. Walaupun sorang yang anxiety akan berfikir banyak serta teramat bimbang tentang apa yang di rasakan, namun kesakitan itu wujud dan bukan mainan fikiran semata-mata.
Selain mengalami kebimbangan yang datang dan pergi tanpa sebab yang kukuh. Kesakitan yang di alami oleh tubuh membuatkan pengidap anxiety semakin berasa bimbang dan takut. Namun apabila saya menemui punca dan jawapan atas apa yang tubuh saya lalui, kebimbangan itu lebih mudah untuk saya biarkan lalu lalang di fikiran kerana saya sudah tahu jawapannya dan tahu bahwa ia boleh sembuh dengan cara yang betul
Rujukkan & Kajian Anxiety
Merujuk kepada panduan sains yang saya sendiri buat kajian, bacaan dan cuba amalkan untuk Anxiety yang saya alami dahulu, Anxiety Disorder sebenarnya bukan suatu Disorder. Anxiety sebenarnya adalah simtomp dan kesan dari masalah lain pada tubuh terutama perut. Pakar psychiatric sendiri sebenarnya tidak pasti apakah punca sebenar anxiety . Oleh sebab itu rawatan untuk psychiatric akan berubah-rubah jenis ubat sebagai percubaan yang manakah sesuai untuk anda . Sesuai untuk tenangkan anda dan kurang kesan sampingan tetapi tidak menyembuhkan Anxiety. Malah dokter juga menyuruh supaya jangan bergangtung kepada ubat dan cuba kawal tekanan anda.
Kaitan Tekanan & Anxiety
Anxiety sebenarnya cara tubuh kita memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh terutama perut kita. Perut adalah otak kedua kita di mana perut mempunyai kerja untuk menghasilkan neurotransmitter untuk hantar isyarat kepada otak dan seimbangkan neuron antara sel saraf yang mengawal banyak benda dalam tubuh selain hanya mental.
Antara neurotransmitters utama
-
Acetylcholine
-
Glutamate
-
dopamine
-
Noradrenaline (or norepinephrine)
-
Histamine
- Serotonin
Perut hasilkan 90% hormon kegembiraan iaitu serotonin berbandaing otak yang hanya hasilkan 10 % sahaja serotonin. Jadi adakah gangguan kebimbangan ini dari perut atau otak yang lebih banyak ?
Bagaimana kerja perut menghasilkan serotonin ini dan bagaimana Anxiety terjadi adalah sangat rumit untuk di faham . Namun jika anda membuat kajian anda dan banyak mencari jawapannya , anda pasti jumpa. Saya menghabiskan masa sangat banyak mencari jawapan tentang Apa Itu Anxiety yang sebenar . Hasil yang saya dapat membuatkan saya sendiri banyak belajar dan bersyukur .
Perut & Anxiety
Perut di gelar otak kedua sehinga ada istilah “gut feeling” . Perut dan otak mempunyai komunikasi 2 hala. Apa yang anda rasa pada fikiran boleh menyebabkan perut anda turut merasakannya . Pernah tak anda berasa marah atau sedih dan waktu yang sama anda berasa tidak selesa pada perut. Pernah tak anda kelaparan dan waktu yang sama anda rasa nak marah sahaja. itulah yang terjadi pada otak dan perut. Apabila anda berasa Anxiety ada banyak yang sudah berlaku pada perut anda. Dan mungkin anda pernah gastrik dan abaikan sehingga menjadi anxiety seperti saya dahulu atau anda mempunyai masalah autoimun yang menyebabkan perut anda rosak. Kerosakkan yang berlaku pada perut akan menyebabkan banyak fungsi sistem perut dan usus tidak dapat dijalankan dengan baik sehingga menganggu neurotransmitter dan juga menyebabkan inflamsi dalaman.
Pengidap anxiety sebenarnya seorang yang sangat kuat berbanding orang yang normal kerana mampu cuba untuk hidup dalam keadaan tubuh yang sudah tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya.Jika kita mengidap anxiety dan mampu untuk paksa usaha sehingga sembuh adalah suatu kejayaan besar sebagaimana saya lakukan dahulu. Sihat dari Anxiety membuatkan saya belajar bersykur pada apa yang ada dan berpada-pada dengan setiap keadaan supaya tidak berlebihan memikirkan sehingga menganggu kesihatan perut.
Usaha dan keyakinan yang kuat antara yang membantu dengan ilmu yang anda cari tentang anxiety sebenar. Tanpa mengetahui apakah Punca Anxiety Sebenar anda tidak dapat mencari jalan untuk bebas dan kebalikan diri anda yang sebenar.
Rujukkan :
Psychiatrists don’t really understand what causes the mental conditions
Gut microbiota’s effect on mental health
Mood Disorders and Gluten
How Does the Vagus Nerve Convey Gut Instincts to the Brain?