Tanda Makanan Tidak Hadam

Tanda Makanan Tidak Hadam jika kita tahu lebih awal boleh mengelakkan dari  penyakit termasuk Anxiety dan lain-lain penyakit berbahaya. Namun berapa sedar kita tentang penghadaman ini pada diri kita sendiri. Makanan Yang Tidak Dapat Dihadamkan ini lama kelamaan boleh mendatangkan penyakit serta masalah peyerapan zat di masa akan datang jika dibiarkan terlalu lama.

Tanda Makanan Tidak Hadam

“Sesungguhnya semua penyakit bermula dari perut” . Kesedaran aku terhadap kesihatan perut dan penghadaman makanan ini mula kuat setelah aku sendiri diserang Gastrik Gerd & Anxiety beberapa bulan lepas. Secara tidak sengaja mencari ilmu untuk kesihatan , aku terjumpa banyak benda tentang kaitan perut dan penyakit aku ketika itu. Dan ke semua tanda ini ada pada aku satu ketika dulu sebelum ia hilang bersama-sama perut yang semakin sihat. Alhamdulillah

Perut adalah antara organ utama di dalam badan kita selain jantung. Perut juga adalah organ yang mempunyai sistem yang paling rumit. Sehingga kini saintis belum habis mengkaji ke semua sistem yang ada di dalam perut kita. Kerja perut ini sangat banyak dan sangat perlu untuk kita. Tanpa perut yang sihat dan penghadaman yang baik kita tidak dapat hidup sebagaimana kita hidup hari ini. Cukup zat untuk kaki tangan kita bergerak. Boleh berfikir dengan baik dan masih boleh bersuka ria seperti sekarang.

Perut & Penyerapan Zat

Penghadaman yang baik membantu penyerapan pelbagai zat seperti Vitamin B untuk tenaga, pengawalalan saraf dan sebagainya. Dari perut juga kita mendapat hormon serotonin untuk dihantar ke otak dan memberikan kita mood yang baik. Waktu aku ada masalah Penghadaman Perut mood akau memang sentiasa tak ok. Aku anxiety, Aku takut tanpa sebab dengan perut yang seperti sedih. Adakalanya aku jadi sangat pemarah. Sesungguhnya kalau tak tahu, kita akan ingat kita gila atau orang yang melihat kita akan ingat kita gila

Kenapa Masalah  ini terjadi. Antaranya Stress, usia, Pemakanan dan juga ubatan serta kimia termasuk kelemahan adrenal. Untuk aku stress yang berpanjangan. stress ni bukan hanya dari pada emosi. Tapi stress bekerja dan juga kerana terlalu push diri. Itu aku. Kuat kerja dan badan aku sangat stress ketika melalui czer ketika bersalin. dan di situ lah bermulanya kelemahan pada sistem perut aku lalu merebak. . Untuk kali ini aku nak sharekan apakah Tanda-Tanda makanan yang tidak hadam . Dan aku harap ia membantu korang sedar cepat dan dapat menjaga kesihatan perut sebelum melarat macam aku dulu.

11 Tanda Makanan Yang Tidak Hadam

1. Gas / kembung/ kerap sendawa
2. Sembelit
3. Heartburn
5. Perut Tak selesa
6. Kerap Lapar / Tiada selera / dyspepsia
7. Mudah marah , moody atau sedih
8. Loya
9. Pening/ sakit kepala
10. Mata tak selesa, tekak, dada ( silent reflux )

11. Sakit Perut / Gastrik

Ada antara kita hanya mengalami Masalah Penghadaman yang kita rasakan ringan. Namun menjaga kesihatan perut dan pemakanan tetap penting untuk mengalakkan penyakit yang lebih teruk.

Kita faham kita ada perut untuk penghadaman. Namun mungkin kita kurang tahu apakah organ lain yang bekerjasama dengan perut. Jika perut bermasalah maka semua organ ini bermasalah. Jika organ lain ini juga rosak, maka perut akan bermasalah. Begitulah berkaitnya penyakit dan masalah kesihatan hanya dari perut yang tidak dapat bekerja secara normal

Antara Organ Yang Membantu Penghadaman 

  • Hati
  • Pankreas
  • Hempedu
  • Adrenal

Pada kalian yang ada rasa seperti tanda di atas berjumpalah dengan doktor untuk kepastian dan membuat pengesahan. Kerana dengan ilmu & pengesahan kita dapat merawat diri kita dengan lebih cepat insyallah.

Aku Sendiri  alhamdulillah melalui 5 bulan ikhtiar sehingga sembuh simptom yang sangat menganggu kehidupan aku dulu.

Data :
https://en.wikipedia.org/wiki/Human_digestive_system ( Sistem Penghadaman Manusia )
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22327302 ( Dyspepsia: organic versus functional)
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK409/ ( Indigestion and Heartburn )
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26039016 ( Mental disorders in digestive system diseases – internist’s and psychiatrist’s insight )