Program Gastrik Gerd Anxiety bertujuan membantu mereka yang mengidap Gastrik Gerd & Anxiety untuk mengundur simptom berkaitan secara semulajadi , Mengenal punca dan cara mengatasi serta mengawal sepanjang proses pesakit untuk sampai tahap kesihatan mental dan perut yang lebih baik supaya mereka yang mengidap Gastrik Gerd Anxiety dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula. Program ini akan dilatih oleh saya sendiri ,Olie Fazlia yang sudah pernah mengidap sakit yang sama dan berjaya menjalani kehidupan seperti biasa .
Program ini merangkumi beberapa bantuan alternatif seperti :
- Tips pemakanan mengikut tahap kesihatan penghadaman individu. Apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. ( ebook panduan pemakanan juga di berikan secara percuma )
- Cadangan nutrisi yang boleh dan tidak boleh diambil mengikut tahap individu. Individu pada tahap tidak boleh hidup seperti biasa mungkin memerlukan bantuan nutrisi dan suppliment . ( suppliment atau vitamin tidak termasuk dalam yuran program )
- Cara mengamalkan Vitamin & Suppliment dengan betul mengikut tahap penghadaman individu.
- Cara memilih suppliment
- Mengenal punca,trigger dan saat-saat kecemasan ( Panic Attact )
- Cara mengatasi trigger, mengurangkan dan berhentikan trigger
- Tips dan pengalaman pada yang pernah menghadapi sakit ini
- Rujukan & cadangan rawatan perubatan
Bagaimana Program berjalan
Program berjalan secara online untuk 3 bulan ke 1 tahun dengan guide masa ke semasa dan juga Support Group. Program terbahagi kepada dua iaitu berkumpulan dan individu. Bagi pendaftaran Program anda akan mendapat kedua-duanya sekali.
Individu ( 1 ke 3 bulan )
Coach & guide masa ke semasa personal secara online melalui whats app. Guide akan diberikan mengikut keperluan setiap individu .Komunikasi 2 hala diperlukan untuk pihak saya dapat memberikan guide . Kebiasaan lebih mudah kepada ahli program yang banyak update atau bertanya .
Berkumpulan ( 6 bulan ke 1 tahun )
Guide & Tips diberikan di dalam support group. Sebarang pertanyaan boleh bertanya di dalam group selain personal.
Ahli boleh menghubungi saya melalui whatsapp text atau voice note . Untuk voice call masa adalah terhad untuk saya jawab .Kebanyakkan individu sudah mula boleh berdikari mengawal selepas 3 bulan ke atas dan hanya memerlukan bantu guide pada masa tertentu sahaja.
Nota :
Program memerlukan komunikasi 2 hala antara saya dan ahli. Ahli digalakkan untuk bertanya . Keberkesanan adalah bergantung kepada kerjasama individu sendiri untuk displin menjaga pemakanan dan mengunakan semua tips dan guide yang diberikan
Disclaimer
Program ini tidak bertujuan untuk meng ‘diagnosis’ sebarang penyakit atau menggangti sebarang rawatan perubatan yang sedang dijalani. Sebarang nasihat perubatan haruslah merujuk kepada perawat perubatan anda.
Terma & Syarat
- Pihak saya berhak untuk menyingkirkan mana-mana ahli yang tidak beradab , menimbulkan sebarang isu sensitif atau menjual di dalam group . ( yuran tidak dikembalikan )
- Cadangan nutrisi adalah berdasarkan apa yang saya sendiri gunakan & berkesan. Tidak ada masalah untuk ahli mendapatkan yang seumpamanya dan tiada paksaan untuk ahli mendapatkan kesumua nutrisi yang sama.
- Pihak saya tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang trigger dari apa yang bukan dalam cadangan program. Saya akan membantu tips mengurangkan triggernya sahaja.
- Semua content di dalam program adalah privacy dan tidak boleh dikongsikan ke luar tanpa kebenaran
