Bekas Pengidap Gastrik Gerd & Anxiety
Assalamualaikum semua. Saya Olie seorang Bekas Pengidap Gastrik Gerd & Anxiety yang kronik beberapa bulan dahulu . Alhamdulillah saya sudah sembuh dari sakit ini tanpa saya sendiri percaya saya boleh sembuh dari Gastrik Gerd dan Anxiety. Kalian yang pernah mengalaminya pasti tahu akan rasanya seperti tidak akan sembuh namun masih mengunung harapan dan keinginan untuk sembuh dan hidup seperti orang lain. Begitu juga saya satu ketika dahulu.
Pada Dec 2018 saya diserang anxiety yang sangat teruk. Namun ini bukanlah kali pertama sebenarnya. Pernah satu ketika pada tahun 2016 saya di serang asthma ( sangka saya ketika itu ) berjumpa pakar namun tidak mendapat jawapan. Dan sakit itu lama kelamaan baik sendiri dalam 1 bulan. Mungkin saya seorang yang rajin makan suppliment. saya pun tak pasti. tetapi ia hilang begitu sahaja tanpa saya pun tahu apakah sakit itu. Selepas keguguran pada 2017 saya diserang anxiety. Hanya Anxiety sahaja dan berlangsung selama 2 minggu. Ketika itu baru saya sedar tentang Anxiety, Perasaan saya ketika itu sangat-sangat risau dan tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya berbaring. Badan saya lemah. Naik kereta saya takut melihat jalan raya yang panjang seperti ia sangat berbahaya dan boleh kemalangan. Setiap sakit-sakit otot pada badan saya membuatkan saya rasa seperti sakit yang kronik, kanser, urat putus dan sebagainya. setiap malam saya sukar untuk tidur dan fikir yang saya sakit macam nak mati dah .2 minggu berlangsung dan ia baik dengan sendiri juga
Pada Dec 2108 adalah serangan yang sangat teruk. Permulaan dengan jantung berdebar sepanjang 72 jam tanpa henti. Saya cuma akan tidak merakan bila saya dapat tidur dengan lena. Tapi bila bangun je belum sempat turun dari katil , jantung saya terus berdebar.Saya merasa sakit berdenyut-denyut pada urat di atas telinga saya setiap hari tanpa henti. di iringi dengan rasa risau dan taku kalau-kalau pengsan atau mati.Saya tidak memberitahu sesiapa lagi ketika ini dan hanya melayan sakit ini selama hampir 1 minggu.Kadang-kadang saya akan kerap ke bilik air untuk buang air . macam cirit birit tapi tidak . tiada gesa namun ia akan secara tanpa paksa akan nak membuang.
Minggu ke 2 Saya bukan sahaja mengalami kerisauan melampau, malah seleuruh badan saya seperti sudah break down dan saya tidak dapat mengawal apa-apa kesakitan yang terjadi pada diri saya.Badan saya kerap berasa seperti terbakar dari perut naik sehingga kepala. rasa panas dan ia sangat menyakitkan dan membuatkan semua tisu serta otot saya menenggang. Badan terasa seperti tertarik dengan teggang.Terutama bahagian perut, dada, tengkuk, tekak dan kepala. Ia selalu terjadi 1 ke 2 jam selepas saya makan dan juga pada masa-masa lain.. Dengan situasi yang sama saya akan mengalami ketakutan namun tidak dapat menyelamatkan diri saya.
Setiap hari saya menangis. Dalam sehari saya akan di serang beberapa kali. lebih 10 kali keadaan saya begini. Ketika ok pun saya dalam keadaan yang melayang-layang sahaja dan kurang mendengar termasuk melihat. Mata berada dalam keadaan yang rabun seperti berselaput. Telingan sangat sensatif pada bunyi. Ketika ini saya snagat-sangat kesal kerana anak-anak tidak boleh dekat bersama saya. saya akan rimas dengan gelak tawa dan suara mereka. Ya Allah bagai mana saya nak lalui menjadi ibu yang rimas dengan anak-anak.Jauh sekali menguruskan mereka. Ya Allah saya sakit namun saya juga kesal dengan sakit ini kerana saya tak dapat buat apa yang saya buat seperti selalu terutama anak dan suami. Suara mereka menjadi sesuatu yang rimas membuatkan saya pening. Saya tak boleh naik kereta ia seperti terkurung. Saya kumpul kekuatan untuk beberapa kali ke klinik dan juga ke hospital ketika badan saya mengigil. Ya Allah aku sakit apa ni. Kenapa tidak ada dokter yang dapat melegakan. Ubat aku makan sehari shaja baik selepas itu aku akan sakit balik.
Dalam keadaan yang amat sakit dan keadaan yang tidak boleh berfikir. Saya mengalami brain fog. Saya Jadi seperti orang hilang akal. Lupa semua yang biasa saya lalui dan buat. Semua seperti mimpi. Saya nampak nirmal di luar boleh berjalan dan bergerak. Tapi sebenarnya fikiran saya tak focus langsung apa saya buat. Seperti badan bergerak tanpa saya tahu dan sedar . Saya kuatkan semangat mencari punca sebenar dengan membuat sangat banyak research.
Alhamdulillah selepas 1 bulan bergelumang dengan hidup macam ni saya secara beransur mendapat jawapan yang saya cari. Saya jaga makan dan amalkan nutrisi untuk bantu saya sikt. Walau permulaannya akan trigger setiap vitamin yang saya makan. Lama kela maan saya semakin faham dengan situasi trigger dan hasil research yang saya buat. Orang kata jagan membaca je. ya saya buat pada diri saya dan saya tak peduli apa yang orang kata kerana yang saya tahu. Saya nak Sihat. Saya nak main dengan anak-anak macam biasa. Nak urus kan mereka.